Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Sekolah
Menengah Kebangsaan Gulau merupakan sekolah menengah kategori luar bandar.
Pada tahun 2003 SMK Gulau telah dinaiktaraf ke sekolah gred A dari sekolah
gred B. Pelajar-pelajar secara amnya datang dari latarbelakang sosio-ekonomi
yang rendah. Pekerjaan para waris kebanyakannya dari sektor pertanian iaitu
sebagai penoreh getah.
Namun begitu
para waris mempunyai kesedaran bahawa pendidikan merupakan aset penting untuk
anak-anak mereka.Bilangan ahli keluarga
yang ramai dan saiz rumah yang kecil menyebabkan pelajar tidak dapat belajar
dalam suasana yang kondusif. Walaupun SMK Gulau dikategorikan sekolah luar
Bandar, namun begitu pencapaian akademiknya masih lagi memberangsangkan khususnya
di dalam pepriksaan awam. sMK Gulau mendapat tempat pertama SPM 1999 daerah
Baling/Sik kategori sekolah gred B iaitu dengan pencapaian 69.90%. SMK Gulau
juga mendapat tempat ke empat dalam keputusan SPM 2004 daerah Baling / Sik.
SMK Gulau juga melakukan lonjakan pada mata pelajaran Bahasa Inggeris peringkat
PMR iaitu dengan peratus kelulusan 73% pada tahun 2004.